Keputusan rayuan haji akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya melalui surat tawaran tunai haji. Sekiranya anda tidak menerima sebarang makluman daripada Tabung Haji sehingga akhir Syawal 1446H, ini bermakna permohonan rayuan haji anda tidak berjaya.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh:
Semak melalui aplikasi THiJARI atau laman web rasmi Tabung Haji
Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.